Says – Aplikasi MOVA Tawar Cashback Buat Pengguna Yang Berbelanja Di Platform Dalam Talian

Berita baik buat pengguna atau ‘kaki online shopping’ yang suka berbelanja di platform dalam talian seperti Shopee dan TikTok, anda kini boleh mendapatkan ganjaran tunai selepas membeli-belah

Mova Digital Tech Sdn. Bhd. selaku pelopor aplikasi e-dagang dalam talian dikenali MOVA menawarkan insentif dua hala iaitu pulangan tunai peribadi (cashback) dan kod rujukan atau referral code yang memberikan kelebihan buat pengguna setiap kali membeli-belah.

Menurut Pengarah Pembangunan Perniagaan MOVA, Moon Ng, pihaknya memberi tumpuan kepada pembangunan platform teknologi berasaskan e-dagang, dengan matlamat untuk menyediakan pengalaman membeli-belah dalam talian yang lebih cekap dan menjimatkan kepada pengguna melalui inovasi teknologi.

SAYS.com
Pengarah Pembangunan Perniagaan MOVA, Moon NgImage via MOVA

“MOVA ialah aplikasi cashback pihak ketiga yang inovatif, membolehkan pengguna menjana ganjaran tunai semasa membeli-belah di platform seperti Shopee dan TikTok.

“Dengan integrasi yang lancar bersama platform e-dagang terkemuka, MOVA memberikan nilai sebenar kepada pembeli dan membantu peniaga meningkatkan pendedahan serta kadar penukaran.

“Sebagai contoh, jika sebelum ini pembeli mendapatkan penjimatan melalui baucer yang ditawarkan, kini mereka melalui MOVA, pengguna boleh menjana ganjaran wang tunai menggunakan aplikasi di mana wang terkumpul boleh dipindahkan ke dalam akaun bank masing-masing,” katanya.

Sasar 3 juta pengguna MOVA di Malaysia menjelang akhir tahun ini

Pihaknya turut optimis untuk mencapai sasaran tiga juta pengguna di Malaysia menjelang akhir tahun mendasarkan kepada kecenderungan rakyat Malaysia berbelanja dalam talian.

“Menurut kajian, pada tahun 2024, jumlah jualan bagi pembelian dalam talian di Malaysia ialah RM710 bilion di mana RM50 bilion datang daripada platform Shopee, TikTok dan Lazada.

“Justeru kami yakin mampu mencapai sasaran 10 juta pengguna di Indonesia dan Malaysia menjelang akhir tahun ini berdasarkan pasaran e-dagang di Asia Tenggara yang besar dan sedang berkembang pesat.

“Sehingga kini, lebih 20,000 pengguna aktif Malaysia telah memuat turun dan berdaftar dengan aplikasi MOVA dengan transaksi sebanyak RM60,000 sehari manakala RM6.1 juta sehari di Indonesia.

 “Selain itu, kami juga memiliki pasukan teknologi profesional dan pasukan operasi tempatan yang mahir dan responsif terhadap keperluan pasaran atas talian,” kongsinya lagi.

SAYS.com
Image via MOVA

Tambah Moon lagi, pengguna juga boleh naik taraf sebagai rakan dan berkongsi pautan pembelian dengan rakan-rakan mereka untuk memperoleh pendapatan rujuan setiap kali rakan mereka membeli untuk menerima ganjaran yang  akan membuka peluang menjana pendapatan pasif secara konsisten.

“Bagi mempromosi jenama MOVA ini, kami akan melaksanakan pelbagai strategi pemasaran termasuk bekerjasama dengan KOL dan content creator tempatan untuk memperluaskan pengaruh jenama ini.

“Selain itu, kami akan menyertai kempen besar e-dagang seperti 9.9 dan 11.11 dengan promosi khas dan menawarkan aktiviti eksklusif untuk pengguna Malaysia serta menyediakan sokongan bahasa tempatan dan pasukan khidmat pelanggan,” ujarnya lagi.

Sebagai rekod, MOVA yang berpengkalan di Shenzhen, China ini menyediakan pengalaman membeli-belah dalam talian yang lebih cekap dan menjimatkan pengguna melalui inovasi teknologi telah memulakan operasi pertama di pasaran Indonesia akhir tahun lalu.

Source : https://says.com/my/seismik/aplikasi-mova-tawar-cashback-buat-pengguna-yang-berbelanja-di-platform-dalam-talian

Close