Kuala Lumpur – Satu aplikasi pulangan tunai, MOVA telah dilancarkan bagi memberi pengalaman berbalanja dalam talian paling berbaloi bagi para pengguna. Platform ini semakin popular kerana menawarkan sistem unik yang membolehkan pengguna mendapatkan pulangan tunai (cashback) lebih besar bagi setiap pembelian dalam talian di Shopee dan TikTok Shop, selain peluang menjana pendapatan pasif melalui program referral yang disediakan.
Pengarah Pembangunan Perniagaan MOVA, Moon Ng berkata aplikasi MOVA mula dibangunkan oleh China dan kini berkembang pesat di Indonesia sejak Febuari lepas dan dalam tempoh empat bulan trlah berjaya memiliki lebih 500,000 pengguna.
Bermula Julai ini, MOVA mula menembusi pasaran Malaysia dan menjangkakan pertumbuhan pengguna mencapai 10 juta menjelang akhir tahun.

“MOVA merupakan platform e-dagang dan kita memberikan pulangan tunai kepada para pengguna dengan nilai yang tinggi. “Sehingga kini, lebih 20,000 pengguna aktif Malaysia telah memuat turun dan berdaftar dengan aplikasi MOVA dengan transaksi sebanyak RM60,000 sehari manakala RM6.1 juta sehari di Indonesia.
“Para pengguna boleh membeli belah disamping menjana pendapatan ditambah boleh menjadi rujukan (referral) kepada pengguna baru dan mendapat ganjaran daripadanya, bukan sahaja dapat berbelanja malah mendapat pulangan dari apa yang dibelanjakan.
“Pengguna boleh melakukan pengeluaran terus ke akaun bank dengan minima RM10 atau boleh juga kumpulkan sehingga mencapai satu amaun yang dikehendaki” katanya selepas majlis perasmian yang berlangsung di pusat beli belah Lalaport pada sabtu.

Jelasnya lagi, MOVA menggabungkan beberapa konsep penting dalam satu sistem yang mudah difahami dan digunakan, antaranya melalui pulangan Eksklusif (exclusive cashback) dimana pengguna akan mendapat pulangan tunai setiap kali membuat pembelian di Shopee dan TikTok Shop menggunakan aplikasi MOVA.
Selain itu, program rujukan (referral) turut membolehkan pengguna mengajak rakan untuk menggunakan MOVA melalui kod referral mereka sendiri. Setiap kali rakan berbelanja menggunakan aplikasi tersebut, pengguna akan menerima komisen referral.
Tambahnya lagi, model pemasaran (Trust Commerce) di mana pengguna lebih mempercayai cadangan dan perkongsian daripada rakan dan keluarga berbanding iklan tradisional, menjadikan pemasaran lebih berkesan dan bersifat komuniti sekaligus mampu menjana pendapatan pasif.
Beliau turut menambah, platform MOVA masih didalam pemantauan dan jangka masa percubaan dalam beberapa minggu ini bagi memastikan kelancaran dan tidak menagalami sebarang masalah kepada pengguna.
Sementara itu, Pengarah Urusan MOVA, Calvin Leong menambah, model pemasaran yang diamalkan oleh MOVA dianggap lebih lestari berbanding pemasaran tradisional. Ini kerana ia berasaskan hubungan kepercayaan antara pengguna dan komuniti, bukan hanya bergantung pada iklan yang sering diabaikan atau dipandang remeh.

“Sistem cashback dan referral bukanlah perkara baru dalam e-dagang, tetapi MOVA berjaya menarik lebih banyak pengguna dalam masa singkat kerana ia menawarkan nilai tambah yang jelas kepada pengguna.
“Selain itu, perubahan strategi pemasaran dari iklan digital yang mahal kepada sistem yang memberi ganjaran terus kepada pengguna menunjukkan satu trend baru dalam dunia pemasaran.
“Selain itu, kami akan menyertai kempen besar e-dagang seperti 9.9 dan 11.11 dengan promosi khas dan menawarkan aktiviti eksklusif untuk pengguna Malaysia serta menyediakan sokongan bahasa tempatan dan pasukan khidmat pelanggan.” katanya.
MOVA kini dalam perancangan bekerjasama dengan platform beli belah dalam talian, Lazada dan Shopeefood bagi menambah rangkaian dalam talian yang menjadi pilihan pengguna paling tinggi di Malaysia.