KUALA LUMPUR – Mova Digital Tech Sdn Bhd. selaku pelopor aplikasi e-dagang atas talian dikenali MOVA menyasarkan tiga juta pengguna atau pembeli aktif tempatan menjelang akhir tahun 2025 di negara ini.
Pengarah pembangunan perniagaannya, Moon Ng berkata, pihaknya optimis dengan sasaran tersebut kerana jumlah pengguna di Indonesia telah melebihi 500,000 orang ketika ini selepas memasuk negara jiran itu pada Februari lalu.
Menurut beliau, pihaknya menjangkakan jumlah pengguna di kedua-dua negara akan melepasi 10 juta pengguna menjelang akhir tahun ini berdasarkan pasaran e-dagang di Asia Tenggara yang besar dan sedang berkembang pesat
“Sehingga kini, lebih 20,000 pengguna aktif Malaysia telah memuat turun dan berdaftar dengan aplikasi MOVA dengan transaksi sebanyak RM60,000 sehari manakala RM6.1 juta sehari di Indonesia.
“Justeru kami yakin sasaran 10 juta pengguna boleh dicapai kerana MOVA menawarkan insentif dua hala iaitu pulangan tunai peribadi dan ganjaran rujukan atau referral.
“Selain itu, kami juga memiliki pasukan teknologi profesional dan pasukan operasi tempatan yang mahir dan responsif terhadap keperluan pasaran atas talian,” katanya dalam sempena majlis pra pelancaran MOVA di sini semalam.
Turut Pengarah Urusan Mova Digital Tech, Calvin Leong.
MOVA ialah aplikasi pulangan pihak ketiga yang inovatif di mana membolehkan pengguna menjana ganjaran tunai semasa membeli-belah di platform seperti Shopee dan TikTok.
Dengan integrasi yang lancar bersama platform e-dagang terkemuka itu , MOVA kini memberikan nilai sebenar kepada pembeli dan membantu peniaga meningkatkan pendedahan serta kadar penukaran.
Mengulas lanjut, Moon berkata, idea MOVA tercetus hasil pemerhatian mendalam pihak terhadap pasaran e-dagang di Asia Tenggara di mana pihaknya mendapati semakin ramai pengguna ingin berjimat semasa membeli-belah dalam talian.
Pada masa sama kata beliau, pencipta kandungan serta pemasar pula mencari cara untuk menukarkan trafik kepada pendapatan secara inovasi.
“Oleh itu, kami membina satu platform yang membolehkan semua orang menyertainya dan menjana pendapatan.
“Selain itu, pengguna boleh menerima pulangan tunai dan pada masa yang sama membina pasukan mereka sendiri untuk menjana pendapatan jangka panjang,” katanya.

Sementara itu, Calvin berkata, MOVA membantu pengguna untuk berjimat dan menjana pendapatan di mana pengguna hanya perlu membuat semakan pulangan tunai di aplikasi MOVA sebelum membeli di Shopee atau TikTok dan mereka akan menerima pulangan tunai secara automatik.
Katanya, pengguna juga boleh naik taraf sebagai rakan dan berkongsi pautan pembelian dengan rakan-rakan mereka untuk memperoleh pendapatan rujukan setiap kali rakan mereka membeli untuk menerima ganjaran yang akan membuka peluang menjana pendapatan pasif secara konsisten.
“Bagi mempromosi jenama MOVA ini, kami akan melaksanakan pelbagai strategi pemasaran termasuk bekerjasama dengan KOL atau Key Opinion Leader dan pencipta kandungan tempatan untuk memperluaskan pengaruh jenama ini.
“Selain itu, kami akan menyertai kempen besar e-dagang seperti 9.9 dan 11.11 dengan promosi khas dan menawarkan aktiviti eksklusif untuk pengguna Malaysia serta menyediakan sokongan bahasa tempatan dan pasukan khidmat pelanggan.
“Pada masa sama, MOVA akan menjalin kerjasama dengan jenama dan platform untuk menawarkan diskaun istimewa serta program pulangan tunai bersama,” katanya.
Dalam pada itu, Mova Digital Tech yang ditubuhkan pada tahun 2024 dengan fokus kepada pembangunan platform teknologi berasaskan e-dagang.
Syarikat yang beribu pejabat di Shenzhen, China untuk menyediakan pengalaman beli-belah dalam talian yang lebih cekap dan menjimatkan pengguna melalui inovasi teknologi telah memulakan operasi pertama di pasaran Indonesia akhir tahun lalu. – MalaysiaGazette
Source : https://malaysiagazette.com/2025/07/06/mova-sasar-3-juta-pengguna-di-malaysia-akhir-tahun-ini/