Berita harian – MOVA sasar tiga juta pengguna di Malaysia akhir tahun ini

KUALA LUMPUR: Mova Digital Tech Sdn Bhd, pelopor aplikasi e-dagang dikenali sebagai MOVA, menyasarkan tiga juta pengguna aktif tempatan menjelang akhir tahun ini, sekali gus mengukuhkan kehadirannya di pasaran Malaysia selepas kejayaan awal di Indonesia.

Pengarah Pembangunan Perniagaannya, Moon Ng, berkata sasaran itu adalah realistik memandangkan jumlah pengguna di Indonesia telah melebihi 500,000 sejak pelancarannya di negara berkenaan tahun lalu.

Beliau menjangkakan jumlah keseluruhan pengguna di kedua-dua negara akan melepasi 10 juta menjelang akhir tahun ini, berikutan potensi besar pasaran e-dagang di rantau Asia Tenggara yang semakin berkembang pesat.

“Sehingga kini, lebih 20,000 pengguna aktif di Malaysia telah mendaftar dengan aplikasi MOVA dengan transaksi harian mencecah RM60,000, manakala di Indonesia, jumlah itu melebihi RM6.1 juta sehari,” katanya dalam kenyataan sempena majlis pra pelancaran MOVA, semalam.

Source : https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2025/07/1416325/mova-sasar-tiga-juta-pengguna-di-malaysia-akhir-tahun-ini

Close